Jan 6, 2010

Lelaki dan tips memilih pasangan.

This past few days, asik entry emo2 aje kan?? Dah lari dr tujuan sebenar kite berblog. Lagi-lagi di awal tahun baru ni. So, ape kate kali ni, kite share sesuatu..

Lelaki yang kite suke: (Jeng jeng jeng)

1) Berhidung besar. Hohoho.. Besar mane tu ikut suke kite la. Oopss.. Kenapa? Menurut kajian, sikap kepimpinannya tinggi. Baru la kite dengar cakap sket. Tak pecaye? Cube ingat balik hidung2 pemimpin2 terkemuka. Kat Malaysia ni pun cukup lah.. heh..

2) Tall, dark and handsome.. Ahh~ dalam mimpi je tu.. Hahah.. bagi kite, asalkan tak 'muka jambu' sudah. Hurm, ikut kite jugak camana definisi 'muka jambu' tu kan? Yang penting bagi kite is the manly-look on him.

3) Romantik... ke?? Bila dengan kite je. Bile ade orang lain die jadi tegas.. Ok ape.. Sebab kite mesti lah yang istimewa di hati si dia.. Kite komfem jatuh cinta.. ohh.. *berangan*

4) Penghibur di kala kite suka atau duka.. perlu explain ke?? Huhu.. ye.. mungkin ramai lelaki begini..

5) Tak banyak cakap.. Tak cakap kosong.. Ini penting bg kite sebab kite tak suke benda mengarut.. Mulut2 manis ni bukan dalam kriteria lelaki yg kite ambil peduli.. hoho.. Taktau la org lain camane kan..

Ade lagi tp common kut.. korang pun boleh agak.. Alaahh.. fikir-fikir balik pun, pakwe kite sekarang takde la kesemua kriteria-kriteria di atas.. (hidung die tak besar.. hidung kite yg besaa.. hoho~) Kesimpulannya, terimalah seadanya.. Macam lah kite ni bagus sangat kan nak pilih2.. huhu..





Tapi yang bawah ni kite nk share sungguh2.



Tips mencari pasangan hidup menurut syariat Islam:
(sumber utama: Buku teks/rujukan Pendidikan Syariah Islamiah SPM)

A) Untuk memilih calon isteri
  1. Mempunyai asas pendidikan agama (beriman), asas akidah yang cukup dan baik akhlaknya kerana wanita yang memahami ilmu agama faham tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu.
  2. Bersifat penyayang (terhadap suami dan anak-anak yang bakal lahir) dan sihat tubuh badan (untuk menguruskan hal rumah tangga) serta mampu melahirkan zuriat yang banyak (dilihat berdasarkan baka keturunannya, contohnya, melihat kepada ibu atau saudara-saudara perempuannya yang telah berkahwin, sekiranya mereka melahirkan banyak zuriat, maka wanita itu juga boleh melahirkan byk zuriat).
  3. Memilih anak dara bagi pemuda yang belum berkahwin (or should i say masih teruna?).
  4. Mengutamakan wanita yang tiada talian persaudaraan.

B) Untuk memilih calon suami
  1. Islam. Penting bagi seorang Muslimah untuk memilih calon suami yang beragama Islam kerana Islam adalah satu-satunya jalan yang menjamin kesejahteraan dan keselamatan kita dunia dan akhirat.
  2. Berilmu, memiliki akhlak yang baik, soleh dan taat mengerjakan suruhan agama. Dengan ini dia pasti mengetahui hukum-hukum Allah tentang bagaimana melayani isteri, berbuat baik kepadanya, dan menjaga kehormatan dirinya serta agamanya. Dia akan dapat menjalankan kewajipannya secara sempurna dalam membina keluarga seperti kewajipannya sebagai suami, mendidik anak-anak, menegakkan kemuliaan, dan menjamin kesempurnaan rumah tangga.


Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015