Sep 5, 2009

Diet??

Kadang2 orang salah faham bila kita cakap kita nak diet. Orang fikir kita tak makan langsung. Ada ke patut? Kita makan la. Tapi kuantiti yang kita makan kita kurangkan. Makanan pun kita pilih sebab kita tak nak ambik makanan yang tinggi kolesterol lebih2 sangat. Bahaya untuk kesihatan kita sebab kita jarang bersukan. Setakat senam pagi2 lepas bangun tidur aje la. Tapi, walaupun kita makan sikit, kita makan selalu. 2-3 jam sekali kite 'ngap' biskut atau roti whole-meal salut jem atau yogurt atau apa2 kuih yg ada kt dapur kita. Kita suka minum jus jugak. Sumber glukosa untuk badan. Kita baca banyak panduan2 berdiet secara sihat. Kita bukan diet membabi-buta je.

Sebab apa kita diet?

Kawan2 lelaki kita cakap kita gemuk. Kita tak kesah. Lantak la! Bukan diorang yang nak kawin dengan kita pun!! Lagipun, masa tu BMI kita stabil lagi. Antara 23-24. Ok la tu kan?

Satu hari tu kita cek berat kita. Pastu kita cek BMI kita. Mak aih. BMI kita dah 24.8. Apa maksudnya? Lagi 0.2 kita dah masuk kategori 'overweight'!! Cuak la kita!! Daripada apa yang kita baca, 'overweight' berisiko tinggi terhadap penyakit2 yang kita tak suka. Malas la nak cerita. Korang 'google' la sendiri. Dalam surat khabar pun dah banyak ulasan2 kajian kesihatan. Apa lagi yang nak kita semua sanggah kan??

Berjaya ke diet kita?

Awal2 kita diet, kita stop makan berat waktu makan malam. Mak kita tentang hebat2!! Mak kita cakap kita tak gemuk, kenape nak diet? Badan kita memang macam ni dari kecik2 lagi. Tapi bila kita explen pasal BMI tu baru mak kita senyap. Yela, dalam famili kita, kita yg paling pendek. Walaupun berat kitorg lebih kurang sama, tapi BMI tak sama. Huhu..
Dua minggu pertama (sebelum bulan puasa), kita skipping ptg2. Tapi, bila dah masuk bulan puasa, kita tak larat la nak skipping.
Hasil nya, lepas sebulan BMI kita turun ke 23.2. Alhamdulillah.. Kalau boleh kita nak turunkan lagi ke tahap selamat. Boleh ke?

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015