Sep 15, 2009

Begini kesudahannya Ramadhanku..

Hari ini genap 26 Ramadhan umat Islam berpuasa. Maksudnya? Hanya tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita menyambut Syawal. Pantas sekali masa berlalu..

Entah kenapa, Ramadhan yang aku impikan tak seindah bayanganku.. Sedari Syuru' hingga Maghrib bagaikan sekelip mata sahaja..

Aku sedih, entah kenapa..
Besarnya dugaanku sebagai wanita Islam, amal ibadatku terganggu oleh rutin bulananku..
Azamku untuk mengkhatamkan 30 juzuk ayat suci Al-Quran tidak terlunas di bulan yang mulia ini.. (sambung kemudian la..)
Aku sedikit terkilan, namun aku redha.. Di sebalik dugaan itu, aku yakin, pasti besar hikmahnya di sisi-Nya..

Detik demi detik, aku sedar, ruang ini Dia peruntukkan bagiku menjalankan tanggungjawab yang tidak kurang besarnya pada diriku, keluargaku dan pembimbingku..
Aku tidak akan berputus asa..
Andai hayat masih ada hingga detik Ramadhan seterusnya, aku akan terus berusaha dan berdoa agar semangatku tidak padam untuk meneruskan hidup atas jalan yang aku pilih ini..
Perjuanganku masih belum selesai..



Sedihnya Tuhan saja yang tau..
Janji pada diri sendiri terkubur..
Kenapa lemah sangat??

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015