May 31, 2010

Tuhan lebih sayangkan Fir

*****************
Jumaat, 28/05/10
*****************
Subuh-subuh lagi kami sekeluarga sudah bertolak ke Shah Alam, seksyen 2. Esok, konvokesyen UiTM sesi ke-14 (pagi) dan ke-15 (petang). Mira, sesi ke-14. Tahniah Mira sebab dah grad diploma. Mira sekarang sedang melanjutkan pengajian Ijazah yang tinggal lagi 4 semester. Alhamdulillah. Aku berpuas hati dengan pencapaian dia setakat ini, bersesuaian dengan umurnya yang baru 19 tahun. Syukur. Tujuan ke sana awal sehari dari hari konvokesyen adalah kerana urusan pendaftaran dan pengambilan jubah serta raptai konvokesyen. Memang sibuk betul kawasan Dewan Seri Budiman hari itu.

Kami bercadang untuk menginap di rumah sewa Adib dan Khalis di Desa Vista, Sepang, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Shah Alam. Setibanya kami di sana, kami berehat lebih kurang sejam dan kemudian keluar untuk window shop di Nilai 3 Wholesale yang cuma 15 minit dari Desa Vista. Malamnya, kami makan di Kompleks BBN. Di situ ramai orang, ada karaoke pentas dan pelbagai pilihan makanan seperti sate, roti canai dan masakan Thai. Kami memilih tempat di Restoran BBN dan memilih untuk makan masakan melayu dan siam sahaja. Humpphh.. Tak sedap. Bukan tak sedap yang biasa-biasa ni.. Memang tak sedap langsung! Kuah mi bandung tawar.. Nasi goreng kampung tak rasa apa.. Servis teruk! Order sate tak sampai2, rupanya dia dah bagi pada orang lain. Bila kita tanya balik, sate dah habis..

Sedang kami menikmati makan malam, tiba-tiba kami dikejutkan oleh satu berita buruk. Iqbal dapat call dari kawan-kawan di Teluk Intan tentang kepulangan seorang sahabat, Fir, ke rahmatullah lewat jam 9.45 malam akibat kemalangan. Lama jugak aku nak ingat pasal Fir. Recall2, baru terlintas di kepala aku, Fir kawan baik Iqbal yang selalu datang rumah especially hari raya, anak kepada cikgu yang merupakan kawan mak dan abah jugak. Innalillah.. Perginya seorang insan yang mulia pada pandangan aku. Seorang anak lelaki tunggal, abang sulung dan sahabat. Sesiapa yang mengenali Fir pasti akan menitikkan air mata menerima berita pemergiannya. Bukan meratap, tetapi mengenangkan kemuliaan hatinya sebagai anak, abang dan sahabat. Juga atas rasa belas terhadap keluarganya yang tinggal mengenangkan arwah adalah anak lelaki tunggal. Kini, tinggal lah adik perempuannya, Fatin, seorang.

***************
Sabtu, 29/05/10
***************
Seawal 5.30 pagi lagi kami sudah bangun. Tepat jam 6.15 pagi kami bertolak dari Desa Vista ke UiTM Shah Alam. Perjalanan konvokesyen selama 4 jam itu dirasakan sekejap. Selesai sesi bergambar, kami terus pulang ke Desa Vista kerana petang itu, kami berhasrat untuk kembali ke Nilai 3 untuk membeli barang-barang yang perlu selepas melihat-lihat malam tadi. Malam nya, kami makan di gerai yang terdapat di pasar borong Nilai 3 tersebut. Memang berbeza.. SEDAP! Umpph.. tapi masalah servis jugak sebab tak cukup pekerja kut.

***************
Ahad, 29/05/10
***************
Bangun pagi, kononnya nak balik Perak terus, tapi mak ada terlupa nak beli barang kat Nilai 3. So, kami singgah Nilai 3 dulu, then terus balik Perak. Sempat la singgah kedai 2PLY kat Sungai Besar sebab mak nak beli barang-barang untuk kek dan roti. Kami tiba di rumah lebih kurang jam 5 petang. Mak, abah dan Iqbal memang telah merancang untuk ke rumah Fir. Sebenarnya, masih banyak perkara yang belum terjawab tentang bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku. Menurut rakan-rakan yang menelefon Iqbal, Fir yang bermotosikal telah terlanggar pokok di tepi jalan kerana main tendang-tendang dengan kawan bermotosikal yang lain. Tetapi masih tidak jelas. Ramai yang menyuruh Iqbal cepat pulang ke Teluk Intan seolah-olah ada sesuatu yang mencurigakan.

To be continued...

May 17, 2010

[edited] Resepi Ais Krim Goreng.

Aduuhhh.. meleleh air liur baca email tadi.. Cara buat ais krim goreng! Rasa nak kongsi kat sini pulak.. Dulu saya belajar guna serbuk roti. Yang ini, guna roti terus! Lagi senang.. Yang nih la yang paling banyak kita jumpa jual kat tempat sejukbeku kat kedai-kedai tu.. jom2 kita tengok macamana buatnya..

[edit: gambar baru!]

letak aiskrim atas roti yg dah lembab


tekankan dengan acuan telur kuat2


jeng2 dah jadi bulatkan...


masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm


goreng atas minyak yg betol2 panas


dah goreng


dalam piring


curahkan susu cair ideal


dah kena belah tu...


aiskrim tetap sejuk kat dalam tu...


yummy2


SELAMAT MENCUBA!!

May 16, 2010

Selamat Hari Guru.. XD

Baru minggu lepas, kita sambut Hari Ibu. Hari ini, 16 Mei pula merupakan hari untuk menghargai guru..

Saya taknak lepaskan peluang ini untuk ucapkan selamat hari guru pada Mak, Abah, Mak Uda, Pak Anjang, Maksu dan Makecik serta cikgu-cikgu yang saya sayangi.. Ramai tau cikgu kita sebenarnya.. huhu..


Tadika (5 Tahun) : Tadika Islam Pekan Baru (lupa nama), Teluk Intan.

Tadika (6 Tahun) : Tadika ABIM, Taman Seri Setia, Teluk Intan.

Sekolah Rendah:
SRK Convent, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan (1992-1993)
SK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan (1994-1997)

Sekolah Menengah: SMAP Labu, N.S. (1998-2002)


Dalam banyak-banyak lagu atau sajak, lagu yang bawah ini yang paling melekat di hati saya, ketika saya masih di bangku sekolah menengah. Mungkin kerana, itulah jangka waktu yang paling memberi kesan penting dalam hidup saya. Saya paling rindu Ayahanda Ustaz Paiman Jemo, pengetua ketika tingkatan satu dan dua. Setiap ilmu duniawi dan ukhrawi, doa-doa amalan dan pesanan-pesanan Ayahanda masih saya amalkan sehingga sekarang. Alhamdulillah. Terima kasih Ayahanda..

TERIMALAH..

Lilin Seorang Guru

Album : Impian Kasih

Munsyid : In-Team

http://liriknasyid.com



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)
Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.



Masih segar di ingatan saya, setiap peristiwa sambutan Hari Guru, baik di sekolah rendah atau menengah. Takkan ada seorang pun pelajar yang akan melepaskan peluang meraikan cikgu-cikgu yang telah banyak berjasa kepada kita.


Tetapi tidak di zaman serba canggih ini. Baru tadi, mak saya cakap. Minggu lepas lagi, murid-murid sekolah mak saya ada yang sudah bertekad tak mahu datang sekolah hari Isnin esok, kerana biasanya pembelajaran tidak berjalan seperti biasa atas sebab sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kata mereka kepada mak,
"Teacher, minggu depan tadek belajar kan teacher. Takmau datang lah."
Sungguh biadap! Kalau saya yang dengar, sah budak tu dah kena penampar. Itu sebab saya tak boleh jadi cikgu. Nanti mesti selalu masuk lokap.. Huh.. Budak-budak sekarang! Padahal, sambutan setengah waktu persekolahan je. Lepas waktu rehat, pembelajaran akan berjalan seperti biasa. Tapi budak-budak tu peduli ape kan? Lepas rehat pun boleh datang lagi agaknya.. Haih..

May 11, 2010

Cerita seorang gadis nak pergi kangkang.

Cerita ini saya dapat dari email yang diforward kepada saya. Saya rasa cerita ni kelakar. Jadi saya tampal dalam post saya hari ini. Sila nikmati..

---------------------------------------------------------------------------------------

“Saya nak pergi kangkang . Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku. Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”


p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~


May 10, 2010

Selamat Hari Ibu!!


Selamat Hari Ibu buat kawan-kawan yang dah jadi mak!! Hehe..

Ahad, 9 Mei semalam adalah hari paling best setakat ini sebab semua adik-beradik saya ada kat rumah pada hari paling bahagia buat semua ibu!! Hurm, mak mesti sangat seronok semalam kan?

Selalunya, mesti ada yang tak dapat balik.. Saya ni tak payah risau lah.. Setiap minggu seboleh-bolehnya balik rumah.. Dari undergrad lagi.. huhu.. Bagi saya, keluarga adalah segala-galanya.. Rasa puas bila dapat gembirakan hati mak dan abah dengan selalu balik rumah! huhu.. Kawan-kawan boleh datang dan pergi, tapi adik-beradik dan keluarga ibarat air dicincang tak akan putus!

Bukan lah bermaksud saya tak suka berkawan.. huhu.. Tapi dulu-dulu ada jugak seorang kawan saya ni cakap saya tak appreciate dia.. Sebabnya, saya selalu keluar dengan bf saya dan hujung2 minggu tak keluar ke Ipoh dengan dia dan kawan2.. Sebab saya balik rumah! hahahah.. Mintak maaf lah.. Dia pun keluar dengan bf die jugak tp masa cuti-cuti semester sebab die dgn bf die dok negeri yg sama.. sy dgn bf sy tak sama negeri.. Lantak lah dia! Kecoh je kan.. huhu..

Hurm, ni lah hadiah yg saya dan adik-adik saya bagi pada mak!


U for Ungaro Fever For Her, perfume dari AVON.. Mak suka sangat!!!! Seronoknya kami masa tu!! Perfume ni memang wangi wa cakap lu..

Kalo siapa2 nak beli perfume avon online sebab malas nak gi buang minyak kete or buang masa kan, leh tengok sini: Diana Classic Collection XD

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015