Aug 29, 2010

Jangan Kahwin yang 6



Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita
Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita
Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita
Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita
Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita
Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita
Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Kepada suami-suami yang rasa isterinya ada antara sifat-sifat di atas, bawak2 lah menasihatkan isteri.. Tapi kalau diri sendiri pun tak berapa nak betul, huhu, lupakan laaaa...




Kepada isteri-isteri atau bakal-bakal isteri yang rasa ada atau hampir dengan sifat-sifat di atas ni, haa, bawak2 lah bertaubat dan berubah lah.. masih belum terlambat untuk kita menjadi calon bidadari suami kita di syurga nanti.. insya Allah..

Aug 15, 2010

Mini Pack / Trial Pack Goat's Milk Skin Care




Pek mini/percubaan Produk Penjagaan Wajah Susu Kambing daripada HR Marketing.

Mengandungi:

1. Pembersih susu 10ml

Mencuci dan membersih kotoran pada wajah
Menjadikan kulit bersih dan halus
Memberi khasiat dan kesan kelembutan pada kulit
Tidak meninggalkan kesan iritasi pada kulit

2. Sabun madu

Memberi perlindungan lembapan seimbang pada kulit
Mengawal kesan penuaan awal seperti kedutan pada kulit
Bertindak melembut dan menegangkan kulit
Menghilangkan bau badan
Mengawal pigmentasi dan noda hitam pada kulit
Mencerahkan kulit


3. Penyegar 10ml


Bertindak mengecilkan liang roma
Menyegar dan melembapkan kulit
Menjadikan kulit halus dan lembut

4. Krim pelembab 10ml

Membentuk lapisan pelindung pada permukaan kulit
Mengurangkan kadar kehilangan air pada permukaan atas kulit
Mengawal kesan penuaan pada kulit
Memberi perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV yang berbahaya

5. Krim pelindung matahari


Mengandungi bahan pelindung matahari yang mengawal penyerapan UV (SPF 15)
Memberi perlindungan harian daripada sinaran yang berbahaya dan merosakkan kulit
Mengandungi pelembap untuk mengawal kehilangan air
Boleh digunakan sebagai bedak asas / "foundation"

Krim 3 fungsi (pelembap, pelindung matahari dan asas mekap) untuk semua jenis kulit.
Gunakan pada waktu siang untuk melindungi kulit dari pancaran sinar UVA dan UVB yang membahayakan kulit terutama sekitar jam 10 pagi hingga 5 petang.
Tambahan pelembap dari susu kambing melindungi kulit dari kekeringan.


Kod: HR-STP

Harga: RM 70.50 (termasuk pos!!)



Aug 14, 2010

Salam Ramadhan dan sapu habuk. Cerita Jalan-jalan release tension.


Selamat Berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia..

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan ye saya tak mencoret di ruangan blog saya ini.. Jadi, ni nak sapu-sapu la sikit sawang-sawang yang labah-labah siapkan, habuk-habuk yang masuk ikut tingkap-tingkap blog ni.. Takde la banyak sangat, weekly, ade jugak jenguk-jenguk.. sambil-sambil ubah layout and design tu, ade la jgk sapu-sapu sikit..

Kekok la menaip dalam bahasa melayu ni.. PERTAMA, saya tak suka 'shortform' kan terlalu banyak bahasa kita ni, macam bahasa cakap.. Jadinya, tulisan saya akan jadi formal giler sampai korang boleh muntah kalau baca habis satu page! Cuba cek entry2 sebelum ni, tak rasa nak muntah ke? KEDUA, saya suka bercakap menggunakan dialek negeri Perak saya ni, nanti korang tak faham pulak..

Tapi takpe lah.. harap-harap saya berjaya taip dengan cara yang korang boleh faham, ok? Banyak sangat benda terjadi pada diri saya sejak akhir-akhir ni.. Bukan saya tak ada masa langsung nak buat entry baru, tapi kepala saya tak boleh fokus.. Alhamdulillah, awal bulan Ramadhan ini, saya dah kembali kepada diri saya, cuma perlu sedikit masa lagi untuk memperbaiki segala kerosakan yang terjadi atas kelemahan diri saya sendiri..

Saya mengaku, saya banyak buat silap, tapi apa boleh saya buat.. Saya tak ada kuasa untuk menentukan setiap arah tuju hidup saya.. Banyak hati yang perlu dijaga sehingga kadang-kadang saya terfikir, sampai bila saya akan jadi begini? Kenapa saya tak keras hati macam sesetengah orang lain yang bertegas memilih kehidupan yang diingini?

Tekanan demi tekanan yang datang tapi tak ada penyelesaian. Saya lebih suka memilih untuk mengalihkan tenaga tekanan itu kepada tenaga berjalan.. Bukan berjalan kaki ye tuan-tuan dan puan-puan.. Sebelum ini, saya akan pergi jalan-jalan ke shopping mall atau air terjun atau panjat bukit dll.. Tapi baru-baru ini, saya terasa seperti tempat-tempat itu dah jemu dengan kehadiran saya.. Jadi saya pun dengan nekad membawa diri ke Pulau Pinang, memandu seorang diri.. TAPI dengan izin mak dan abah saya jugak.. Sedikit tersentuh dengan sikap mereka yang memahami. Selama ini, saya fikir tak ada orang yang faham.. huhu..

Niat di hati nak berjalan-jalan ke Pulau Pinang aje, tapi Mak Uda saya yang dok kat Jitra tu pulak dapat tau, kena la pegi.. heheh.. tapi kalau dia tak panggil pun memang ada rasa nak terus ke sana pun.. 5 hari 4 malam saya habiskan masa di utara tanahair tu.. Terima kasih banyak-banyak kepada ayah saudara saya di Bayan Lepas kerana tumpangkan saya buat satu malam. Terima kasih jugak kepada Alin - pekerja di USM yang dedikasi ;P juga sepupu saya, Intan - sepupu yang sedang belajar di USM dan Nan - kawan yang bekerja di Intel Penang kerana sudi melayan saya sepanjang saya di Pulau Pinang.. Terima kasih Mak Uda sekeluarga di Jitra.. Sempat la jugak kami jalan-jalan ke rumah-rumah sepupu-sepupu lain di sana.. Awat la hangpa semua berkampung kat sana..


Pantai Jerejak


Di gerai Rojak Tonggek
(nak makan kena tonggek pasai takut kuah kena kat baju.. haru..)



Tunggu laksa..

Bilik Intan @ USM


Rumah kak Aja @ Taman Tunku Sarina, Bdr Darul Aman.. mai ja ada knuri.. makan~~

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015