Jan 29, 2010

Random ke..

Pukul 8 pagi tadi saya dan Rai pegi swim. Hari ini tak larat nak jog dulu, macam hari rabu kelmarin. Eheh. Saya ok kalau nak jog (yela tu.. Bangun pun lambat!), tapi Rai tak larat sebab semalam pagi dan petang dia dah pergi ke gym. Saya tak larat nak ikut dia sebab saya tak dapat tidur malam sebelumnya kerana runsing memikirkan routing method saya yang tunggang langgang, dengan evaluation technique yang masih dalam siasatan.. :P Satu malam study.. Koh4.. Tiba-tiba rajin pulak! Huh.. Takmo fikir! Takmo fikir sekarang! Sekarang nak menaip!

Awal pulak matahari naik hari ini. Pukul 915 am, kitorang dah naik. Kang sun-burnt pulak kulit yang dah sedia kering nih! Haishh.. Bukan pandai sangat swim pun, 5 kali kuak dah penat.. Wakakaka.. Dah setahun setengah tak swim. Dulu belajar teknik berenang dengan Tikah dan Ainol, sekarang semua dah hilang. Masuk air baru kali ketiga sejak buat master ni. Slowly gaining back the memory of how to swim like a swimmer. Dang~

Tadi breakfast coco crunch jer. Chin ajak tapau food kat kafe, tapi, rambut saya basah lagi, so saya malas nak pergi tapau. Susu tak ada, so saya kunyah aje coco crunch tu. Tiba-tiba saya rasa tak seronok. :(

Coco crunch sekarang dah tak sama macam coco crunch zaman kita sekolah-sekolah dulu. Dulu, kalau makan saja-saja gitu pun terasa choc dia... PERGH! Sekarang? Saya kunyah-kunyak rasa manis je lebih.. haihh.. usha-usha balik seketul-ketul, warna pun dah kurang gelap.. kecewa betul laa.. Dunia makin maju, harga barang makin naik, tapi kualiti?? Makin rendah! FRUST~! Ko dah kaya kut NESTLE!!!

Ini gambar-gambar yang di google. Huhu.

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015