Feb 6, 2010

The Unwanted Contact.

Disebabkan satu pengalaman [edit: berlaku pada bln Ogos 2008] ngeri semasa mengenali seorang lelaki dari timur tengah, saya terus fobia untuk menganggap sesuatu permintaan seperti dibawah ini [edit: berlaku awal Feb 2010] hanya sekadar untuk berkawan.
[Rujuk gambar-gambar dibawah. edit: gambar merujuk peristiwa Feb 2010]

Masa tu, saya baru semester pertama dalam pengajian Pasca-Ijazah. Kami sama-sama melakukan kerja-kerja GA sebagai lab demonstrator. Dia memang nice la.. Kebetulan, bidang kajian kami sama. Dia menawarkan untuk membantu. Saya sangat berbesar hati.. Yela.. Dah orang nak tolong, kita ok aje lah kan.. Dia suka sms saya tanya tengah buat apa la, dah makan ke belum, macam-macam lah. Actually, saya memang tak selesa bila dia selalu sms saya tanya benda-benda yang hanya mak, ayah, adik-adik, kawan-kawan rapat dan boifren saya sahaja yang layak tanya!! Tapi saya tetap berprasangka baik. Saya fikir, tak apa lah. Bagi la peluang untuk kami berkawan biasa sebab kami bekerja bersama. Bodoh betul saya!

Tak lama pun kami berkenalan, seminggu dah cukup untuk dia tunjuk semua tentang diri dia. Hari kedua dia sms tanya saya tengah buat apa, saya reply saya tengah tengok movie kat laptop. Dia tanya cerita apa, saya cakap la Bourne Supremacy. Dan dia pun start la bagitau dia pun suka cerita-cerita action and thrill dan tak sangka saya pun suka. Wut eva..

Lusa nya, dia follow saya ke kelas tutorial (yang saya ajar) sebab dia cakap nak tengok kelas tutorial saya. Saya sangat tak selesa!! Habis saja kelas, konon-kononnya dia nak komen pasal my way of teaching la kan.. tapi sikit je dia cakap, selebihnya... haa.. ni yang buat saya bengang sampai sekarang! Dia cakap dia nak kawan dengan saya dengan lebih rapat, mengenali satu sama lain sebab dia nak kahwin dengan saya! Plus, kononnya kami serasi sebab ada minat yang sama, ye.. Bourne thingy~~ Heh.. perasan!

Saya terus cakap, saya tak boleh buat macam tu sebab saya dah ada bf, kami dah ada perancangan, keluarga dua-dua belah dah kenal, masa tu pun dah 5 tahun berkawan. Tapi boleh pulak dia cakap, 'I don't believe in boyfriend-girlfriend thing.. a friend of mine has known a local girl who has a 7-years-relationship but in the end broke up., bla bla bla..' (heck i don't care!!!) dan mendesak (ye, dia merayu ok.. damn him!) supaya saya tetap setuju untuk kenal rapat dengan dia. Ok, i get it, mungkin dia tak faham apa yang saya maksudkan bila saya cakap saya dah ada komitmen. Tapi boleh tak respect saya bila saya cakap TAKNAK!! Ya Allah, menyirap betul saya masa tu, Tuhan saja yang tahu. Tang paksa tu yang saya tak boleh maafkan.. Nasib baik dia dah kahwin pun sekarang, walaupun saya agak tak setuju sebab saya tau niat dia. May his marriage lasts forever.

Untuk yang bawah ni pulak [edit: baru berlaku Feb 2010]...




For the person sending the facebook message above:

"Mr., if you are reading this (I know you are, 'cause you follow my networked blog in facebook), let me advice you. If you want to share about your state, pics, culture or anything, FIND A MALE FRIEND!! Just so you know, I'm not even slightly interested. I can find out about your culture from any female friends from your place anytime I want."

Perkara paling selamat saya buat dari dia terus menghantui FB saya adalah dengan memblock dia. Walaupun saya sedar, saya tak dapat nak block daripada terserempak dengan dia di tempat pengajian saya. At least, saya berusaha.. Nasib baik masa terserempak dengan dia kat v3 haritu otak tengah ligat cari jalan nak blah daripada bersembang lama-lama dengan dia. So cakap jela yang saya tengah nak cepat. Tapi bila dia semangat cari saya sampai kat FB tu memang melampau! Memang kena direct dengan diorang nih!

Biadap!


1) Betul ke Muslim yang bakar church and temple tu? Korang yang di atas ini adalah antara manusia yang tertipu dengan propaganda sesetengah pihak yang nak melaga-lagakan rakyat Malaysia. Tolong lah jangan rendahkan taraf diri kita sama macam negara lain yang berpecah-belah tu.. Fikir laa..

2) '..always insult other religions bah..' What the heck? What do you know? Umur pun belum setahun jagung lagi dah pandai-pandai nak komen lebih-lebih. Cakap macam orang tak berakal. Paderi diorang pun tak cakap buruk-buruk macam ni.

2) Perkataan yang saya bulatkan tu, memang kurang ajar!! Biadap!! Siapa yang menghina sekarang ini??

p/s: Saya hanya mampu meluahkan kebencian dan penentangan saya terhadap penghinaan ini hanya dengan menulis di dalam blog kecil ini. Selemah-lemah iman saya..

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015