Apr 15, 2010

Untuk Jiwa Kacau

Kala segalanya sempurna, kita lupa daratan,
kita sibuk mencari hiburan.
Kita ikut kawan-kawan.
Kita lupa kita ada Tuhan.
Tempat kita panjat kesyukuran.
Kita tak baca Quran, naskhah ilmu penuh bekalan.

Bila kita sedar kita dah terpesong.
hati gundah, terasa kosong.
Tapi kita tak insaf langsung.
Kita cuma terpekik terlolong.
Ada orang nak tolong?
Kalau dah diri sendiri yang tak nak tolong?



~Surah Al-Fatihah~

Hayatilah satu persatu maksud ayat-ayatnya


Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang.

Pemilik Hari Pembalasan.

Hanya kepada Engkau lah kami menyembah dan hanya kepada Engkau lah kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Yaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan jalan mereka yang Engkau murkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Amin.



BACA DENGAN HATI, TUTUR DENGAN LIDAH, FIKIR DENGAN AKAL FIKIRAN KURNIAAN TUHAN.
SEMUANYA TELAH PUN TERSURAT.
CUMA KITA YANG ALPA, LEKA DENGAN DUNIA FANA.
LUPA PADA KEBESARAN-NYA.
LUPA PADA AZAB AKHIRAT -NYA.
SECETEK ITU KAH ILMU KITA?
SELEMAH ITU KAH IMAN KITA?

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015