Jan 31, 2012

My Pregnancy Diary #8: Masalah Kesihatan.

Hurm, google sane, google sini, tiba-tiba rasa nak check my health condition during pregnancy. Maklumlah, masa mengandung macam-macam komplikasi yang kita alami. Pengalaman masing-masing berbeza-beza pulak tu.. Ada yang setiap kehamilan, ada komplikasi tersendiri jugak. So, let's check~!

Antara komplikasi kehamilan atau proses mengandung ini adalah seperti:
Untuk kehamilan pertama ni:
  • Alahan atau alergik terhadap makanan atau haiwan - alahan pada pil iron warna coklat yg  hospital bagi tu ade la.. Asal makan je pil tu, rasa nak terkeluar balik semua isi perut..
  • Muntah-muntah yang teruk (morning sickness) - alhamdulillah takde..
  • Kuat makan sehinggakan berat badan meningkat. - ade la sikit.. hihi..
  • Berat badan yang meningkat akan mencetuskan obesiti dan obesiti akan mencetuskan penyakit kencing manis kepada ibu hamil. - yang ni insya Allah takde le..
  • Sembelit yang teruk  - alhamdulillah tak teruk.. paling lame 2 hari tak buang, itu pun only during 1st trimester je.. masuk 2nd trimester, dah takde sembelit..
  • Buasir  - alhamdulillah takde..
  • Jangkitan kuman (bakteria) pada saluran kencing, keputihan  - alhamdulillah takde..
  • Anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Apabila berlaku anemia, bekalan oksigen yang dibekalkan ibu dan bayi tidak mencukupi. Jadi situasi ini cukup bahaya terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. - after last checkup, still ok..
  • Sakit urat dan kekejangan otot kaki. - ade ade ade ~

Hopefully, proses bersalin juga dipermudahkan Allah.. Ameen..



---@@ with regards from ][Y][a][n][n][e][ @@---
daftar ahli bioasli percuma!

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015