Mar 12, 2012

Masalah keguguran rambut? Kini tidak lagi~

Ini betul-betul kejadian.

Dulu rambut aku byk gugur. Rambut dah la panjang, lepas tu, putus-putus pulak. Kering dan keras! Dah macam-macam produk aku guna. Dari rejoice ke sunsilk dan macam-macam lagi. Semua nya bermula 7 tahun yg lalu. Tapi takde perubahan. Rambut tetap kering dan rosak, selalu putus-putus dan keguguran. Kulit kepala pun kerap berminyak.

Aku fikir, mungkin rambut aku tak tahan bahan kimia dalam syampu-syampu tu. Jadi aku pun bertukar ke produk yang organik.

Setahun yg lepas, aku mula pakai Syampu Kelapa Dara Bioasli. Selain itu, untuk merawat kulit kepala, sekurang-kurang nya sebulan sekali (biasa lah, malas.) aku akan pijat-pijat Minyak Kelapa Dara Asli (VCO Pure) Bioasli ke kulit kepala bila rambut dah kering lepas dicuci, diikuti Tonik Rambut Kelapa Dara Bioasli ke helaian-helaian rambut. Kadang-kadang kalau malas, tak letak pun VCO Pure, terus sapu tonik rambut je.

Alhamdulillah, sampai hari ini, aku perasan dah sebulan aku tak kutip rambut gugur dalam bilik tidur aku. Pada sikat pun, aku perasan ada sehelai dua je rambut. Setahun mungkin agak lama untuk nampak kesannya, tapi sebab aku percaya dengan amalan turun temurun orang Melayu yang menjaga rambut dan kulit kepala dengan minyak kelapa, aku sabar dan terus amalkan, walaupun yang aku pakai ni moden la sikit, dah siap proses kan.. Nak tapis sendiri minyak kelapa memang tak la... :D Macam arwah opah aku dulu, memang tapis sendiri minyak kelapa buat sapu kat rambut. Mak aku cakap, masa arwah meninggal, rambut pun hitam lagi..

Kalau dulu, rambut aku keras, kering, kasar dan menipis. Warna pun pudar (warna rambut rosak). Aku tau rambut aku rosak sebab dari kecik rambut aku memang tebal, hitam dan lebat. Dan aku tak suka rambut pendek. Sekarang, aku sangat-sangat suka tengok rambut sendiri dalam cermin. Dulu macam menyampah je kan.. hihu.. Sekarang ni, bukan aje lembut, tapi lebat dan hitam pekat.

Tonik rambut yang aku guna yang bawah ni.. Old look. Yang tinggi tu utk perempuan, aroma Hugo. Yang rendah aroma Polo utk lelaki. Sekarang ni makin rajin pulak pakai, tiap-tiap malam kalau boleh sebelum tidur nak pakai.

Bau? Tak busuk pun.. Sbb dah dicampur aroma Hugo / Polo.


Sekarang dah ada formula baru, dicampur dengan Minyak Argan (dari Morocco) dan tambahan extra lagi 50ml kuantiti. Tak cuba lagi, tapi dari info Minyak Argan ni, memang untuk kulit, kuku dan rambut, untuk awet muda.


 


Ye, memang aku promote giler-giler produk Bioasli ni! Organik, selamat dan yang penting halal dan suci. Produk Bioasli ni diusahakan oleh keluarga En. Ishak, pemilik perusahaan Desaku di Sungai Besar, Selangor.

Untuk lebih info, boleh lawati: http://www.bio-asli.com/bioasli/bioasli.asp?id=dynulbakr ATAU http://nurialbakr-bioasli2u.blogspot.com/

Info Tonik Rambut: http://nurialbakr-
bioasli2u.blogspot.com/search/label/Minyak%20Rambut%20Kelapa%20Dara

Info Syampu: http://nurialbakr-bioasli2u.blogspot.com/search/label/Syampu%20Kelapa%20Dara

p/s= Lepas bersalin ni, rasa macam nak amalkan VCO softgel Bioasli pulak lah...

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015