Aug 8, 2014

TAHNIAH ! Anda Hamil !!

Memang seronok sangat kalau dapat berita gembira tentang kehamilan.
Tapi bukan saya wanita yang bertuah itu.. huhu..

Bawah ini testimoni fresh drpd anak Shaklee saya, Fadh dan kawan die..



Kedua-dua Fadh dan kawannya mempunyai masalah yang lebih kurang sama berkaitan hormon tidak stabil.. Awal tahun 2014, mereka bertemu dan dia terkejut bila dapat tahu Fadh sedang hamil 4 bulan. Die pulak sedang mencuba untuk hamil kali kedua, Telah lama mencuba tetapi belum lagi berjaya.. Fadh pun mencadangkan ambil GLA utk bantu stabilkan hormon. Selepas sebulan ambil GLA, skrg dah positive hamil !!

Alhamdulillah dan tahniah uols !!
Anda telah memilih kaedah yang semulajadi, selamat dan berkesan in shaa Allah.. semuanya dgn izin Allah, kita hanya berikhtiar dan berdoa.. Allah jua lah Yang Maha Berkuasa..

Mungkin anda biasa dengar EPO ? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang EPO versus GLA Complex boleh klik sini --> http://yannedeclassic.blogspot.com/2013/07/epo-vs-gla-complex-shaklee.html

Bulan Ogos 2014 -- bulan GLA !! Jom dapatkan nya sekarang. Nak sebotol, 2 botol, atau satu set Beli 6 Percuma 1 ? Hubungi saya di nombor dan email yg tertera di bawah.

Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp 0196658599
FB Personal: Yanne Abu

Aug 7, 2014

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



  1. Barli -- Bijirin yang dikenali umum sebagai “barli” sebenarnya merujuk kepada satu tanaman lain yang panggil “air mata Nabi Ayub” dalam bahasa Inggeris (Job’s Tears, coix lacryma-jobi). Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”. Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma -- Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan. Buah kurma mengandungi banyak khasiat. Buah kurma juga antara makanan popular bila tiba bulan Ramadhan.
  3. Buah Tin -- Buah dari syurga. Ada yang mengelarnya sebagai Buah Ara. Buah ara yang dikeringkan juga dipanggil buah tin, sempena nama pokok Ara dalam Al Quran. Ini kerana jemaah haji membeli buah dari pedagang Arab yang memanggilnya dengan nama tempatan. Terdapat pendapat yang menyatakan buah tin merupakan antara tumbuhan terawal yang ditanam manusia. Antara khasiatnya ialah boleh mengubati buasir.
  4. Anggur -- Nabi S.A.W suka buah anggur. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Tanaman anggur di Malaysia masih baru dan dalam peringkat pembangunan lagi. Thailand dan Indonesia telah maju dalam industri penanaman anggur berbanding dengan Malaysia. Penanaman anggur di Malaysia cuma dimulakan sekitar tahun 1980′an. Antara khasiatnya ialah membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu -- Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Kajian mendapati madu mampu menjadi agen yang mampu membunuh bakteria, mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) -- Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya. Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal.
  7. Susu -- Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan -- Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun. Cendawan baik untuk mata dan perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun -- Zaitun adalah merupakan sejenis species daripada tanaman yang tertua di dunia. Rekod sejarah menunjukkan pokok zaitun mempunyai pelbagai guna khasnya dalam bidang perubatan sejak zaman purba Mesir. Minyak zaitun berupaya merawat kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima -- Di Hemisfera Utara, pokok delima biasanya berbuah bermula dari bulan September sehingga Februari.Manakala di Hemisfera Selatan, pokok delima berbuah dari bulan Mac sehingga Mei. Antara khasiat Melindungi jantung, Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah dan mengubati kanser, mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer dan mencantikan kulit. Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. Buah Delima dapat membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Cuka -- Dari Ummu Said RA dari Nabi S.A.W., baginda bersabda :”Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318). Nabi S.A.W. selalu meminum den gan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).
  12. Air -- Minuman terbaik. Amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


Jangan lupa tekan Share !!


Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp 0196658599
FB Personal: Yanne Abu

Aug 6, 2014

Women's Bestfriend !


Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, syukur.. tak sangka saya ada ramai silent readers.. Ramai yang rajin bertanya di WhatsApp dan Facebook especially girls.. Congratulations.. Seems like the health awareness among women in Malaysia has increased.

So this month, we have GLA in our Buy 6 Free 1 Promotion Cart ! 
Ladies ... you don't wanna miss this!! 
GLA Complex is our BFF. Remember that. and why we (as in all Shaklee distributors) stress on that particular point?

HERE ARE WHY..




GLA Complex has worked, always work and will work inshaa Allah if you believe in NATURAL, ALWAYS WORK and ALWAYS SAFE kind of produce. It is a proven policy.

During last year's promo, my sis, my mom and myself stock GLA up for a year. and it's not enough because of the market demand !

INTERESTED ? To purchase:
Text me at the number and email stated below.


Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp 0196658599
FB Personal: Yanne Abu

May 4, 2014

Pengurusan Berat Badan

PENGURUSAN BERAT BADAN
Program 3B (Buang, Bakar, Bina)







PM facebook Yanne Abu @ SMS/WhatsApp/Telegram 019-6658599 for FREE CONSULTATION on products and prices..

Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp 0196658599
Email: yannedeclassic@gmail.com

May 3, 2014

NAK KURUS !!

Ada la sesetengah orang yang NAK KURUS, tapi nasib kurang baik asbab; TAK SEMPAT bersenam, MALAS bersenam, KUAT MAKAN makanan tinggi lemak, TAK SUKA makan sayur (ni problem beso ni...) kadar METABOLISME BADAN RENDAH (nih mmg ikut nasib badan orang kate..) dan macam-macam lagi lah asbab..

Cuba praktikkan 5 perkara di bawah ni (menurut sumber Pa & Ma April 2014) ;

  1. Minum banyak air kosong.
    - air kosong membantu percepat penyerapan nutrien ke dalam badan.
  2. Amalkan makan buah-buahan sebelum ambil makanan berat seperti nasi.
    - VITAMIN-VITAMIN dan SERAT drpd buah-buahan LEBIH MUDAH DISERAP ketika perut kosong. Apa kepentingan nutrien2 ini ? Nutrien2 ini yang membantu proses DETOX badan kita dalam darah, buah pinggang, hati dan kolon.
  3. Kurangkan makanan dan minuman yang manis.
    - makanan manis / gula adalah tinggi karbohidrat, boleh menyebabkan kegemukan.
  4. Kunyah makanan berulang kali.
    - memudahkan penghadaman dan detox.
  5. Ambil makanan bersumber PROTEIN.
    - protein yang cukup memberi tenaga dan memberi rasa kenyang utk jangka masa tertentu, lalu dapat mengelakkan kita cepat berasa lapar.
Walau bagaimanapun, kita harus mengambil kira bahawa TAK SEMUA NUTRIEN INI DAPAT DISERAP ke dlm badan kita. Sebahagiannya mungkin HILANG semasa dimasak akibat suhu kepanasan yang terlampau tinggi. Oleh itu, PAKAR NUTRISI mencadangkan agar kita MENGAMBIL SUPLEMEN TAMBAHAN..

Nak tau apa suplemen Shaklee yang anda perlukan utk memenuhi impian "NAK KURUS" ?? Dalam entry yang akan datang ok ? Tapi kalau dah tak sabar nak tau, terus kontek saya via sms/whatsapp/wechat/telegram atau PM di facebook.


Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp 0196658599
Email: yannedeclassic@gmail.com
FB Page: www.facebook.com/dyan2u

Apr 27, 2014

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2. MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Feb 24, 2014

Testimoni Ibu Berpantang Dan Menyusu Dengan Suplemen Shaklee.

Assalaamualaikum.. buat ibu2 yang sedang mengandung, yang belum cuba set mengandung atau set berpantang Shaklee, dan masih ragu-ragu dengan keberkesanan produk Shaklee, kat bawah ni I ada sertakan testimoni daripada geng SDFG dan WWF yang amalkan set berpantang Shaklee.. Ada juga yang risau kalau ibu fully breastfeed baby yg 'kuning' akan timbul masalah ke kalau ambil suplemen Shaklee? Jom kita tengok.

Ibu kepada tiga anak ni memang pengguna setia Shaklee dan ahli pengedar yang semakin berkembang dan berjaya.
Kes kak Sham : Anak yang ketiga baru dilahirkan tahun lepas with prolonged jaundice. A fully breastfeeding baby. Alhamdulillah ambil suplement Shaklee sepanjang tempoh mengandung dan berpantang. Tak ada masalah malah banyak kebaikan yg diperoleh.

Pengalaman yg kak Sham kongsikan:-
♥ Selepas 2 minggu dalam pantang badan segar dan boleh buat kerja2 rumah macam biasa.
♥ One month check-up, nurse puji jahitan Caesar cantik.
♥ Berat badan turun 23-25kg.





Apa yang kak Sham ambil ?
⊙ Zinc Complex, ⊙ B Complex, ⊙ Ostematrix, ⊙ Vitalea Iron Formula, ⊙ Vitamin C, ⊙ Lecithin, ⊙ ESP

Jadi, puan-puan dah tak perlu risau lagi. Produk Shaklee adalah dijamin Halal, semulajadi, berkualiti tinggi. Encik-encik suami pun jangan ragu-ragu untuk menghadiahkan yang terbaik utk isteri-isteri anda yg juga ibu kepada anak2 anda..

Kesihatan adalah salah satu nikmat dan anugerah Allah kepada hambanya.. Ianya juga amanah yang harus kita pelihara bersama.

Hubungi saya utk tempahan.
Nur Diana a.k.a. Yanne (ID: 845685)
SMS/WhatsApp/Telegram 019-6658599

BIMBINGAN BERTERUSAN utk pelanggan saya walaupun hanya beli satu produk sahaja.

Feb 21, 2014

Insomnia, Kebas-kebas Tangan/Kaki Tanda-tanda Kurang Kalsium



Ostematrix dah setahun lebih menjadi suplemen wajib saya sebelum tidur. Baru2 ni, suami pun dah berjangkit. Baru dia tau penangan Ostematrix. Kalau dulu asyik mengadu lenguh2 badan, lenguh kaki, tidur terganggu, sukar untuk bangun subuh... Sekarang semua itu dah tak ada lagi. Cuma ambil 4 bijik shj sebelum tidur..

Info lanjut ttg Ostematrix, boleh teruskan bacaan anda..

Kelebihan ostematrix:
* menguatkan tulang
* memperbaiki kekejangan dan kebas
* meringankan stress
* memperbaiki masalah stress
* pengalkalian badan
* memperbaiki hyperaktif perut dan gastrik

Antara kandungan yg terdapat dalam ostematrix adalah:
♥ Kalsium
♥ Magnesium
♥ Vitamin D
♥ Boron
♥ Zinc
♥ Copper
♥ Manganese

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. 

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

Kesemua 6 nutrien ini (selain kalsium sendiri), adalah sangat penting dalam membantu proses penyerapan kalsium oleh tulang kita. Tanpa nutrien2 ini, badan tidak dapat menyerap kalsium yang diambil dengan optimum.

Nur Diana a.k.a. Yanne Abu (fb)
Shaklee ID: 845685
PM/Telegram/WhatsApp/WeChat
019-6658599
FB Page: Dyan2u Wellness Bay

Feb 7, 2014

Istimewanya Suplemen Ibu Mengandung

Istimewanya suplemen berbanding ubat-ubatan, suplemen boleh diambil setiap hari, jangan tunggu dah ada penyakit baru nak cari suplemen tambahan, sebab masa itu, mungkin lebih banyak wang dan masa yang akan dilaburkan, jika dibandingkan dengan mengekalkan kesihatan tubuh badan secara optimum.

Sama juga kesnya, sebelum mengandung, seorang wanita perlu melakukan persediaan dalaman utk rahim yang sihat dan kuat. B Complex Shaklee contohnya mengandungi asid folik dan kesemua vitamin B utk kesihatan tubuh badan, minda dan rahim sekaligus.. jadi sebaik-baiknya ambil lah B Complex Shaklee satu biji setiap pagi sebelum mengandung, ketika mengandung (awal trimester digalakkan ambil 2 biji sehari), selepas bersalin dan hari-hari seterusnya.

Gambar di bawah menunjukkan beberapa suplemen yang lazimnya kami sarankan untuk pengambilan ketika mengandung/hamil dan kemudian untuk penyusuan (jika perlu). Bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah, suplemen penting adalah; B Complex dan Vitalea Iron Formula (Multivitamin dan Multimineral yang lengkap). Kedua-dua B Complex dan Vitalea Shaklee mengandungi Asid Folik, mineral penting yang menjamin kekuatan rahim. Vitalea juga mengandungi Iron yang sangat diperlukan oleh ibu mengandung lebih-lebih lagi mereka yang sering rendah bacaan hemoglobin (hB).


Dalam gambar diatas, ada ditekankan suplemen penting semasa mengandung iaitu OmegaGuard dan Vitamin E. OmegaGuard mengandungi DHA yang membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi, manakala Vitamin E pula penting bagi meningkatkan kesuburan rahim dan mengurangkan risiko keguguran. Vitamin E sangat disarankan kepada mereka yang sering mengalami keguguran.

Pada saya, vitamin-vitamin yang diambil semasa mengandung adalah asas untuk kesihatan optimum tubuh badan dan minda. Ramai yang merungut, bila mengandung macam-macam vitamin kena ambil kan. Sedangkan vitamin-vitamin ini boleh diambil walaupun anda tidak mengandung. Jadi kalau dah biasa ambil vitamin yang sama, tidak lah kita rasa macam banyak sangat nak ambil semasa fasa berbadan dua nanti.

Saya sendiri walaupun tidak mengandung, setiap hari saya ambil Protein (ESP atau Cinch), Alfalfa, Vitamin C, OmegaGuard Fish Oil, GLA Complex dan Ostematrix. Namun, bukan lah semua saya telan sekaligus. Boleh nak telan semua sekaligus tak ada masalah, tapi kalau rasa tak mampu nak telan semua sekaligus, kita ada waktu-waktu nya.

Sebagai contoh saya sendiri;

  1. Pagi-pagi minum segelas air kosong, kemudian ambil Alfalfa 10 biji, kemudian minum ESP sebagai sarapan awal pagi;
  2. Selepas 30 minit atau satu jam, saya makan - roti bakar disapu mentega/kaya ATAU roti + kacang panggang + scrambled eggs ATAU nasi lemak/bihun goreng.
    Kemudian saya ambil; B Comp 1, Vitalea 1, Vitamin C 2, Garlic Complex 2.
  3. Selepas makan tengahari ATAU minum Cinch Shake; OmegaGuard 2, Lecithin 3.
  4. Selepas makan malam; OmegaGuard 2, Lecithin 3, GLA Complex 2.
  5. Sebelum tidur; Ostematrix 4 biji.
Cuma apabila mengandung, ada vitamin-vitamin yang perlu diambil lebih dalam masa sehari kerana badan sedang mengalami perubahan, kerap letih lesu dan loya-loya, tidak berselera untuk makan dan lain-lain. Dan ada juga suplemen (seperti Alfalfa) yang kita boleh skip sementara waktu mengandung ini .. Sekiranya nutrien yang diambil semasa makan tidak mencukupi dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran janin dan juga menyebabkan bahaya kepada ibu dan janin.

Gambar di bawah merupakan panduan pengambilan beberapa vitamin/suplemen semasa mengandung.



Jadi, boleh mula mengamalkan suplemen tambahan untuk mengekalkan tahap kesihatan anda dari sekarang. Hubungi saya, pengedar sah Shaklee Malaysia. Saya juga aktif secara 'online' di Whatsapp, Telegram, Wechat, Instagram dan Facebook.

Sekiranya anda berminat untuk menjana RM2K dalam masa 3-4 bulan secara online, sila PM saya di Telegram / WhatsApp / SMS / WeChat ke nombor 019-6658599. Kumpulan kami akan membimbing anda sehingga berjaya. Bimbingan adalah percuma. 

Untuk mengikuti perkembangan saya sila Follow/Add/Like;
Blog: yannedeclassic.blogspot.com
Instagram: dyanrazis
Facebook: Yanne Abu

Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
Telegram/SMS/WhatsApp 019-6658599
Email: yannedeclassic@gmail.com
FB Page: www.facebook.com/dyan2u

Feb 5, 2014

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer”, pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia !!

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza. Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia
  1. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 24%.
  2. Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia  mempunyai tekanan darah tinggi. Malangnya 80% tidak menyedarinya. Ia merupakan pembunuh No.1 di Malaysia. (Persatuan Hipertensi Malaysia, 16 Sept 2008)
  3. Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi hipertensi (darah tinggi). (The National Health and Morbidity Survey, Jan 2010)
Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75. Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

  • Tekanan sistolik - nombor yang diatas (dalam contoh ini 140)
  • Tekanan diastolik - nombor yang bawah (dalam contoh ini 75)

140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda. Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

 Kategori Sistolik
 Diastolik
 Normal < 120 And < 80
 Pra Hypertensi 120- 139 or 80 - 89
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 140 - 159 or 90 - 99
 Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2> 160 or > 100

 


Siapa Yang Berisiko mendapat Tekanan Darah Tinggi ?
  1. Orang yang mempunyai berat badan berlebihan.
    Berat badan biasanya dikaitkan dengan lemak. Lemak yg tepu dalam darah menyumbat saluran dan menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi.
    Cuba kurangkan berat badan dan lemak-lemak di badan dgn bersenam, diet seimbang, kurangkan karbohidrat serta lebihkan protein kerana protein menghasilkan tenaga yg membantu dalam pembakaran kalori dalam makanan yang kita ambil.
  2. Kurang aktiviti / kurang bersenam.
    Kesibukan kerja dan aktiviti rutin harian yang lain meyebabkan kita tiada masa untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Tidak perlu bersenam sehingga 2 atau 3 jam sehari pun, dan bukan setiap hari.
    Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4 kali seminggu. Pada masa yang sama ini juga menbantu mengurangkan berat badan.
  3. Kuat makan masin (garam).
    Garam umpama pasir yang menyerap air. Air yg berlebihan dalam darah akan meningkatkan tekanan darah.
    Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Peringatan: 1 teaspoon mengandungi 2.3g!
  4. Perokok:
    Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Mengalami stress / tekanan drpd persekitan.
    Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai tekanan yang kronin, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan bolehmengakibatkan serangan jantung, strok dan macam-macam lagi.
    Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalan diet tidak seimbang.
    Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.

    Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    - Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    - Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    - Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    - Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    - Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    - Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Dengan mengamalkan supplemen tertentu juga mampu utk membantu menurunkan kadar tekanan darah kita. Contohnya, pengambilan kapsul ekstrak bawang putih, minyak ikan dan lain-lain.

Shaklee menyarankan beberapa suplemen yang boleh diambil:
  • OmegaGuard: Membersihkan salur darah dengan membakar lemak-lemak yang menyekat kelancaran pengaliran darah.
  • Garlic Complex: Mencairkan darah, bagi membantu pengaliran darah ke jantung menjadi lebih lancar.
Untuk kesan yang lebih baik, disarankan juga pengambilan tambahan suplemen-suplemen:
  • B Complex: Mengawal tekanan darah.
  • Alfalfa: Mencuci toksin dalam darah, hati dan ginjal.
  • Lecithin: Memecahkan lemak dan kolesterol dalam darah.
  • CoQ Health Plus: Mengandungi CoQ10 untuk menjadikan jantung lebih sihat dan bertenaga mengepam darah ke seluruh anggota badan.


Jadi, anda dah pernah periksa tekanan darah anda? 

Bacaan mencecah sempadan (border)?

HINDARI IA SEBELUM TERLAMBAT...


Best Regards,

Nur Diana | ID: 845685
SMS/WhatsApp/Telegram 019-6658599
Email: yannedeclassic@gmail.com
FB Page: www.facebook.com/dyan2u

Inginkan peluang menjana RM2K dalam masa 3-4 bulan secara online? Sila PM/Whatsapp/SMS/WeChat.
Bimbingan disediakan secara PERCUMA sehingga berjaya!

Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015