Dec 10, 2015

Kisah Cinta OmegaGuard Ummi dan Adam..

Sedar tak sedar dah tiga tahun rupanya Ummi dan Adam makan minyak ikan ni.. ramai mummies yg tanye pasal OmegaGuard ni nak bagi kt anak2 sbb risau anak tak suka.. jangan risau, kebanyakkan anak yg dh boleh chew, depa chew ja minyak ikan ni... sedap jaa kt mulut depa... dh besaq sket ada yg pandai telan ikut mcm mak diaa..

Adam mula chew OmegaGuard Shaklee since umor 1 tahun kalau tak silap.. memang dia pandai mintak sendiri dah.. sebelum tu I juz cut hujung capsule and mix in his porridge.. alhamdulillah sampai sekarang dah masuk 3 tahun 7 bulan Adam masih makan OmegaGuard 1-2 bijik sehari disamping vitamin-vitamin lain (Chewable Vita-C 100gm dan Chewable Vitalea for Children).

Jom tengok carta perbezaan di bawah:


Kenapa ramai yg percaya dgn OmegaGuard Shaklee? KAJIAN telah dijalankan, terbukti, berbanding produk lain, minyak ikan shaklee mengandungi 900mg kandungan EPA dan DHA, yg paling banyak! Sbb tu ianya berkesan!

Bagi ibu hamil yang mengambil suplemen minyak ikan, selain baik utk mengawal kolesterol, ia juga baik utk bayi dalam kandungan. Pengambilan minyak ikan semasa hamil yang mencukupi dapat membantu perkembangan penglihatan dan otak bayi.

Untuk anak-anak pula, minyak ikan membantu menghindarkan mereka daripada sakit yang berlarutan seperti batuk2 dan asthma, selesema dan demam. Anak-anak juga akan lebih cepat menangkap apa yang dipelajari sehari-harian.. mmg suplemen wajib untuk anak yang bijak!


Kalau kita compare susu formula yg ada DHA dgn OmegaGuard Shaklee, mmg OmegaGuard menang la sbb 1 capsule OmegaGuard ade 900mg DHA, berbanding dlm FM di atas satu tin 1.6kg tu ada 628mg DHA jeee? Jadi lah pengguna bijak... 1 capsule OmegaGuard tu tak sampai rm1 punnn....

Kalau nak khasiat lain mcm FM, Shaklee ada Mealshakes yang jauh lebih baik lagi (anak mudah lawas, tak sembelit, selera makan meningkat for picky-eater, sakit demam cepat baik dan susah nak jatuh sakit sebab nutrisi yg diambil cukup dan lain2 lagi). Kalau nak cerita kena buat satu post lain khas utk Mealshakes sahaje... akan datang ok...


Dec 1, 2015

Vitamin C dan simtom-simtom kekurangan.

Vitamin C antara kesukaan saya sejak kecil. Dulu macam-macam brand saya ambil, berperisa oren, strawberi pun.. sedap, budak mana la yang tak suka kan? Jom tengok gambar bawah ni.


Ada tak anda atau ahli keluarga anda yang mengalami masalah-masalah seperti dalam gambar?
Kalau ada, anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam badan!!

Vitamin C adalah jenis vitamin yang larut air. Ia tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Seorang dewasa memerlukan 1000gm Vitamin C setiap hari. Vitamin C yang berlebihan pula akan keluar dari badan kita melalui urin. Kita digalakkan untuk mengambil Vitamin C dengan memakan buah-buahan yang kaya dengan sumber Vitamin C seperti buah oren dan betik.


Pengambilan vitamin C yang mencukupi oleh ibu sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan bayi secara eksklusif membantu menguatkan sistem imun bayi!

Tahu tak? Untuk nak dapatkan sehingga 1000gm Vitamin C sehari, kita kena makan 12 biji buah oren? Larat ke? Kalau mampu tak salah.. Atas kesedaran yang sama jugak lah, syarikat-syarikat farmaseutikal memghasilkan kapsul-kapsul vitamin C sebagai suplemen tambahan termasuklah Shaklee Corporation yang telah berusia 100 Tahun ni..

Sebiji kapsul Shaklee Sustained Release Vita-C mengandungi 553gm vitamin C yang dilepaskan ke dalam badan setiap jam selama 5 jam! Ini telah dibuktikan melalui ujian klinikal makmal.


Shaklee Sustained Release Vita-C ini sebenarnya salah satu "SUPER STAR PRODUCTS" Shaklee tau..

Fact: "The science of natural sustained release" vitamin C was first invented by Shaklee.

Kelebihan Vitamin C Shaklee ni;
  • Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan buah oren termasuk kulitnya (553mg) dan melepaskan 1.5 vitamin C drpd buah itu kpd badan kita setiap jam selama 5 jam! 
  • Kajian klinikal telah membuktikan bahawa 2 tablet vitamin C (dlm jarak 5 jam) mampu bertahan di dalam plasma darah selama 24 jam. 
  • Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (25% bioflavanoid, yg diekstrak drpd kulit buah) yg juga dipanggil Vitamin C Complex. Ia berupaya meningkatkan keberkesanan vitamin C dlm badan kita, mengurangkan inflamasi serta melawan jangkitan bakteria dan radikal bebas.
  • Manfaat Utama: Menghasilkan kolagen - menggalakkan pembentukan kolagen. Kolagen merupakan bahan binaan asas kpd otot, tisu, gusi, tulang dan ligamen. Oleh itu, ia boleh membaiki KEDUT-KEDUT dan mencegah OTOT-OTOT MENGGELEBER.

Ambil Vitamin C setiap hari utk KULIT YG LEBIH PUTIH, MELAMBATKAN PENUAAN dan MENGHINDAR PEMBENTUKAN PIGMEN !!

P/s: Untuk dapatkan sebotol atau lebih Sustained Release Vita-C anda, DM ig @dyanrazis atau WhatsApp 0196658599 atau PM di FB Page.

Best Regards,

WhatsApp 0196658599
FB Personal: Yanne Abu

Nov 17, 2015

Diari TnF #4: Sarapan rendah lemak! Tinggi protein dan serat!

Hari ini saya terpanggil untuk kongsikan satu menu sarapan daripada seorang peserta TnF. Saya panggil Kak Yati. Setiap hari saya memang tertunggu-tunggu perkongsian daripada beliau. Kak Yati sering memberi inspirasi kepada saya melalui menu-menu diet beliau.


Tahu tak apa ni? Ini sarapan yang sihat - RENDAH LEMAK, TINGGI PROTEIN, TINGGI SERAT dan mengandungi beberapa vitamin penting seperti C daripada buah oren dan kurma.

Oat + Cinch Shake + ESP + kurma + oren

Sedapp ni.. kenyang sampai tengahari. Diambil bersama TEH HIJAU tanpa gula.

Cuba lah! Bagi yang belum memiliki ESP atau Cinch Shake, boleh hubungi saya untuk dapatkan minuman protein anda!
WhatsApp/Telegram +6019-6658599

Sudi-sudi lah berkawan dengan saya di fb:
 Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu 

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:  Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia 


Nov 16, 2015

Diary TnF #3: Semuanya PERCUMA!

Betul! Dalam program ini, kita tidak bayar sesiapapun! Semua tips, info, masa dan komitmen yang diberikan adalah PERCUMA! Jadi, rugi sangat sekiranya ahli kumpulan sekarang dan bakal peserta yang akan datang tidak memanfaatkan betul-betul program TnF ini..


Indahnya jika kita bertemu dengan orang-orang yang tidak meminta apa-apa selain persahabatan.

Ya, itu lah yang Dyan dan team WWFG praktikkan dalam usaha kami membantu keluarga dan kenalan rapat dan jauh untuk sama-sama meningkatkan kualiti hidup. Untuk sama 'Trim and Fit'! Untuk sama-sama mencapai matlamat walaupun berbeza hasilnya.

Pada minggu pertama, kami berkongsi tips nutrisi dan tabiat pemakanan sihat masing-masing. Meriah! Masing-masing tak nak kalah mempamerkan sajian sarapan, tengahari dan malam. Memang seronok! Disamping berkongsi, kami juga bertukar-tukar idea untuk sajian sihat hari-hari seterusnya.. seperti yang pernah saya kongsikan dalam tulisan yang lalu berkenaan pentingnya kita merancang pemakanan harian kita termasuklah sekiranya kita perlu mengambil suplemen tambahan. 

Pada minggu kedua, kami fokus perkongsian berkenaan aktiviti senaman sebagai rutin tambahan. Tak sangka ramai yang sudah berkecimpung dengan senam tari Zumba! Dyan pun kalau ada peluang memang nak sertai menari Zumba ni. Ada pelbagai level pulak tu, dari asas sehingga ke 'expert'. Wow sangat! Bagi yang tidak berzumba pula, ada yang memilih untuk ke gym dan bersenam tubi di rumah atau tempat kerja. Semangat! Itu yang kami harap dan terapkan selalu.


Sudi-sudi lah jadi kawan fb Dyan:
 Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu  

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia  


Diari TnF #2: Kenalpasti kesilapan dan lakukan perubahan.


Sebagai salah seorang admin yang memantau perkembangan peserta dalam Projek TnF ini, Dyan tidak ketinggalan untuk belajar banyak perkara dari pelbagai aspek kehidupan. Seronok apabila para peserta dan admin sudah menganggap semua ahli kumpulan seperti sebuah keluarga besar. Masing-masing tidak lokek berkongsi aktiviti seharian.

Minggu pertama sahaja ramai yang menunjukkan penurunan yang menggalakkan. Jumlah pengurangan inci di kalangan peserta wanita sahaja mencecah 12.9 inci utk minggu pertama!

Masuk minggu kedua ada juga yang 'cacau'. Antaranya, perayaan dan majlis makan-makan serta ketibaan cuti sekolah. Ada peserta ibu yang terlari sedikit daripada rutin atau tabiat TnF apabila anak-anak pulang ke rumah. Itu antara cabaran-cabaran yang dihadapi peserta-peserta. Tetapi mereka cepat sedar dan kembali kepada rutin TnF. Alhamdulillah. Yang penting kita tahu di mana silap kita dan terus melakukan perubahan!

Begitulah istimewanya dan pentingnya bekerja di dalam kumpulan.. sekiranya ada yang terlari fokus, ahli-ahli kumpulan akan membantu untuk bersama-sama mencapai matlamat asas iaitu untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat!

Sekian diari TnF untuk kali ini.

Sudi-sudi lah jadi kawan fb Dyan:
Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu  

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia  




Nov 14, 2015

Merancang Pemakanan Harian VS Mengambil Suplemen Tambahan


MAKANAN YANG SIHAT ?
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Umumnya, makanan yg sihat adalah makanan yg dimasak di rumah.
Adalah lebih baik jika kita rancang pemakanan kita seharian. Apa yg kita nak makan untuk breakfast, snack, makan tengahari dan makan malam kita.
Sebab apa?
Ini supaya pengambilan gula, garam, lemak dan lain-lain dapat dikawal semaksimum yg boleh.
Kita yang memilih gaya hidup kita untuk kekal sihat.
Tetapi umumnya juga diketahui, tidak semua nutrien dalam makanan itu dapat diserap sepenuhnya oleh badan kita. Ada juga nutrien yang hilang semasa dimasak sekiranya kita tidak mengawal kepanasan dan tempoh memasak dengan betul.
Vitamin C pula contohnya, tidak dapat dihasilkan oleh badan. Badan manusia memerlukan 1000mg vitamin C sehari yang boleh didapati drpd memakan 12 biji buah Oren segar.
Sebab itu kita disarankan mengambil Vitamin dan Suplemen tambahan untuk menampung lompang2 nutrisi seharian kita..
Shaklee ada menyarankan Set Keperluan Harian yang terdiri daripada Vitalea Iron Formula, ESP dan OmegaGuard untuk membantu memenuhi diet keperluan harian anda.


Dyan biasanya akan turut sarankan untuk ambil Vitamin C juga dalam diet harian kita. Kenapa? Bagi Dyan Vitamin C sangat penting seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C yang cukup untuk keperluan badan. Sebab itu kita perlu ambil sekurang-kurangnya 500mg Vitamin C sehari!


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelebihan setiap suplemen ini anda boleh klik pada labels atau hubungi Dyan di WhatsApp/Telegram +6019-6658599.

Psst.. bulan ini ada promosi Sustained Release Vita-C 553mg tau.. untuk info hubungi Dyan cepat yee..

Sudi-sudi lah jadi kawan fb Dyan:
 Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu 

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia 


Projek 'Trim and Fit' 2015/2016

Tanggal 1 November 2015, cabaran 'Trim & Fit in 100 Days' yang diterajui oleh keluarga 'Wholesome Wellness Family Global' telahpun bermula!!

Maaf kepada yang tak dapat masuk dalam list Kumpulan Pertama ni sebab saya sendiripun dan setahun lebih tak update tulisan di blog... rindu sangat nak berblog sebenarnya.. Alhamdulillah, anak sulong si Adam Nur Salim dah 3 tahun 6 bulan sekarang dan sudah boleh faham privasi kerja ummi nya. Tetapi anak tetaplah anak. Tiba ragamnya kalah juga ummi pada kehendak dia. Saya tetap bersyukur sangat ke hadrat Allah..

Sekarang, berbalik pada projek yang kami pendekkan kepada TnF, senang sikit nak sebut hihi.. Alhamdulillah masuk hari ini genap 14 hari i.e. 2 minggu berjalannya projek ini. Kami telah wujudkan sebuah kumpulan di aplikasi 'WhatsApp' bagi memudahkan kami memantau perkembangan peserta setiap hari. Pelbagai tips dan info dikongsikan bersama-sama samada dari pihak admin mahupun peserta. Kami menekankan konsep 'Have Fun while we Trim and Fit!!' supaya peserta tidak terlalu tertekan dengan tabiat yang baru sempena projek ini.

Setiap 7 hari i.e. genap 1 minggu peserta akan melaporkan perkembangan berat dan ukurlilit bahagian badan tertentu dan pihak admin projek akan buat 'post-mortem' bagi membantu meningkatkan prestasi setiap peserta. Alhamdulillah, peserta-peserta memberikan kerjasama yang baik. Nampak kesungguhan mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Sekian dulu perkongsian berkenaan TnF hari ini.

Sudi-sudi lah berkawan dengan saya di facebook:
Nama: Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu 

Untuk perkongsian TnF di fb Page, boleh 'like' page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia 


Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015