Nov 16, 2015

Diari TnF #2: Kenalpasti kesilapan dan lakukan perubahan.


Sebagai salah seorang admin yang memantau perkembangan peserta dalam Projek TnF ini, Dyan tidak ketinggalan untuk belajar banyak perkara dari pelbagai aspek kehidupan. Seronok apabila para peserta dan admin sudah menganggap semua ahli kumpulan seperti sebuah keluarga besar. Masing-masing tidak lokek berkongsi aktiviti seharian.

Minggu pertama sahaja ramai yang menunjukkan penurunan yang menggalakkan. Jumlah pengurangan inci di kalangan peserta wanita sahaja mencecah 12.9 inci utk minggu pertama!

Masuk minggu kedua ada juga yang 'cacau'. Antaranya, perayaan dan majlis makan-makan serta ketibaan cuti sekolah. Ada peserta ibu yang terlari sedikit daripada rutin atau tabiat TnF apabila anak-anak pulang ke rumah. Itu antara cabaran-cabaran yang dihadapi peserta-peserta. Tetapi mereka cepat sedar dan kembali kepada rutin TnF. Alhamdulillah. Yang penting kita tahu di mana silap kita dan terus melakukan perubahan!

Begitulah istimewanya dan pentingnya bekerja di dalam kumpulan.. sekiranya ada yang terlari fokus, ahli-ahli kumpulan akan membantu untuk bersama-sama mencapai matlamat asas iaitu untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat!

Sekian diari TnF untuk kali ini.

Sudi-sudi lah jadi kawan fb Dyan:
Yanne Abu @ url:  www.facebook.com/yanne.abu  

Untuk info dan tips berkenaan projek TnF, sila 'like' fb page:
 Body Shaping and Weight Management Concept 
@ url:  www.facebook.com/trimandfitshakleemalaysia  




Adakah anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda-tanda seperti dalam gambar?Anda mungkin KEKURANGAN VITAMIN C dalam...

Posted by Dyan2u Shaklee Vitamins Kulim Kedah on Sunday, November 29, 2015